Khamis, 20 Februari 2014

HIV & Islam

Assalamualaikum..,Sibuk sikit dengan tugas harian. tapi masih ade masa join komuniti.


16 Febuari
Majlis HIV & Islam, di Masjid Jamek Kuala Lumpur yang dianjurkan oleh PAFI. sangat menerujakan. buat pertama kalinya M join event berkaitan dgn HIV. 9 pagi hingga 5 petang cam sekejap rasanya.

Disitulah infomation dan support group berkumpul dalam satu majlis. ramai kenalan yang M penah chat kat FB sebelum ni,kami bertemu disitu. Alhamdulillah mereka sangat positive & friendly. pertama kali jumpa ramahnya mereka dah macam kenal lama.

9 pagi hingga 12 tgh. penerangan. berkaitan dgn HIV oleh Abg Luka Rafika. sebelum ni penah kenal dalam chat room, pernah gak tgk video dia promo PAFI kat youtube .seorang yang sangat sporting dan ramah. Abg luka menerangkan bagimana HIV berjangkit dan cara pencegahan. diterangkan jugak, sigma masyarakat tentang penyakit HIV. sebenarnya ramai tak tau lebih detail hal yang berkaitan HIV. M sendiri pun blur gak tentang infomation.Selepas habis penerangan Abg Luka. Along dari PT Foundation beri penerangan lebih umam tentang stastitik pesakit HIV di malaysia dan dunia, status Plhiv di negara luar,hospital, ubatan dan support group.Masa tu terasa bertuah hidup di Malaysia ni.Ubatan untuk Hiv sekarang percuma. Along menceritakan pengalaman dirinya dan pengalaman dia dalam support group.

Lepas tu kami ditemukan dengan 3 orang penal Plhiv yang telah lame diagnosis memberi sedikit cerita kisah hidup mereka.bermula dari kisah hidup seorang mak nyah, dibawa pula kisah seorang akak kita yang disisih keluarga yang sgt terajis dan paling menarik kisah seorang ibu plhiv (dijankiti dari bekas suami seorang penagih dadah) yang tabah, sehingga menemui jalan bahagia dengan perkahwinan dgn suami hiv negetif dan mampu melahirkan anak hiv negetif. sangat menarik kan..

Selepas sembahyang zohor. giliran Ustaz Mohd Hanafiah Abdul Malek beri ceramahnya. banyak soalan dalam sesi soal jawap dengan ustaz.Dan yang menariknya Ustaz menceritakan dipengalaman menjaga arwah kawannya seorang penagih dadah yang juga Plhiv.Terharu Ustaz bila dia ceritakan saat saat kematian arwah kawannya tu. lepas majlis tu bersurai, M dan AJK PAFI berkesempatan berbual dengan Ustaz di bilik meeting untuk minum petang. dengan keadaan bertongkat ( Ustaz ade masalah lutut) Ustaz masih berusaha bersama kami. TQ Ustaz

TQ dan syabas kat PAFI kerana sudi menjemput dan menjayakan majlis ini. Banyak pengajaran yang M dapat. di majlis tu jugak lah M bertemu kawan kawan yg lain ,di majlis tu juga segalanya bermula tuk M mula memikirkan rancangan masa depan M. M alu alukan pada semua di kalangan komuniti. marilah kita bersama menjalinkan ukhuwah islamiyah sesama komuniti kita dalam majlis sebegini. ia mampu menguatkan pemikiran positive kita daripada terus takut sigma masyarakat. PAFI juga menjalankan Program Iqra kepada golongan dewasa, projek Amal Sukarelawan dan banyak aktiviti lagi. Insyaallah M akan join program anjuran mereka. TQ pada semua kerna menjemput M jadikan sebahagian dari keluarga korang. TQ :)

Sabtu, 8 Februari 2014

You Are Not Alone

Assalamualaikum..
Terima Kasih kerana sudi baca blog M ni.M tak pandai berkarang, sesekali nak gak update sikit, supaya M boleh share kat U all kisah hidup M dalam status baru ni.

Alhumdulillah berkat doa dan sokongan kengkawan .M semakin berfikiran positive, mampu tersenyum lebar, gelak tawa gurau sede macam dulu. Ini semua berkat kenalan dari comunity PAFI ,MSM PTF dan Positive Warrior. Terima Kasih yang tak ternilai dari korang semua.

You Are Not Alone, yup.. pada mula nya masa M disahkan positive HIV memang stress, fikiran terganggu ,keje tak focus. Asyik fikir masalah diri ni je.sedih manjang , murung tak tentu pasal. Tapi setelah dapat respon dari ramai members comunity, ianya sangat membantu dan lebih menberi kenyakinan tuk menghadapi masa depan, banyak infomasi baru yang M dapat, berkenaan ubatan, permakanan, gaya hidup dan Tazkirah.
informasi tu sangat positive.

So timbul perasaan ingin M nak bagitau kat semua comunity yang berisiko di jangkit, tak kira sama ade anda gay, penagih dadah, sex bebas or siapa pun, Just do ur test HIV kat mane mane Klinik Kesihatan Kerajaan, if result positive!, buat follow up, bawa bertenang, tetepkan dalam hati dan percaya bahawa ini semua satu bentuk dugaan Allah ,Allah sayang kita, DIA nak kita berubah, then sila tampil dan hubungi kami dlm comunity ni, respon dalam comunity sangat baik, kita bersama sama beri support and responsible sesama kita. Jangan Down, Jangan Menyendiri k.

You Are Not Alone.. You're always welcome :)

Ahad, 2 Februari 2014

Forum Wacana & Pendidikan : HIV & ISLAM

Pertubuhan Amal Firdausi Kuala Lumpur dengan kerjasama JAWI dan Masjid Jamek Kuala Lumpur dengan ini menjemput sahabat semua ke program Forum Wacana & Pendidikan : HIV & ISLAM yang akan berlangsung pada 16 Februari 2014 bertempat di Masjid Jamek KL dengan kehadiran istimewa Ustaz Hanafiah Abdul Malek (Tanyalah Ustaz TV9) dan barisan panel panel penceramah dan fasilitator yang berpengalaman dalam isu HIV & Islam. Masuk adalah percuma dan terbuka kepada semua warga masyarakat. Sebarang pertanyaan boleh menghubungi En. Hamli (018-2070953) atau En Raffie Jaafar (017-3110306). www.amalfirdausi.org

Isnin, 20 Januari 2014

Bersama yang Tersayang


18 Januari

Dengan hati gemuruh, aku balik ke kampung. Dalam hati nak bersua muka sayu mak aku. Gementar satu badan bila menjejak kaki tanah kat laman rumah. Semua ahli keluarga keluar menyambut. Terharu rasanya. Makin ramai ahli keluarga aku,Selesai bersalaman dengan semua ahli keluarga, aku cuba kebalkan rasa sebak aku bila aku kucup tangan mak, mak balas ciuman di pipi. Jantung ni berdegup laju. Tapi aku kuatkan hati tuk tak rasa sebak.

Macam kebiasaan nya. Aku just bersantai je bila bersama mereka. Akak aku tanya pasal kesihatan aku sebelum ni. Aku jawap just demam biasa. Anak buah pulak perasan aku dah kurus. Aku just jawap menang target nak kurus sikit. Pastu aku cuba alihkan bersembang dgn alasan nak solat, lagi pun masa tu kebetulan dah masuk waktu,

Lepas makan malam, Malam tu aku sempat baring sebelah mak sambil dengar cerita dia, Aku cuma dengar je cerita dia, tak sedikit pun dia tanya pasal kesihatan aku sebelum ni, mungkin dia dah tengok aku depan mata, sihat walafiat. Dalam seronok berbual, aku mohon kat Mak aku doakan kesihatan aku baik dan dipermudahkan urusan hidup. sesungguhnya doa ibu tu makbul. selepas meninggalkan bilik mak, aku kembali ke tempat tido aku, aku tutup lampu aku baring dan terus melinang air mata. tahap sebak aku tak dapat aku kawal, Aku rasa sangat syukur akhirnya hari ini dalam situasi aku bergini ,aku dapat jugak jumpa mak dan semua ahli keluarga aku yang lain . Mungkin sebelum ni aku dah banyak lalai dengan dunia luar, Insyaallah aku cuba memperbaiki hidup meskipun aku terpaksa menempuh diagnosis ini, Setiap yang berlaku ade hikmahnya, Insyaallah.

Rabu, 15 Januari 2014

Aku + HIV

Permulaan untuk blog ini, Aku tak mampu nak berkata apa apa lagi.. yang aku tahu skang.. "Aku HIV Positive"

Assalammualaikum semua.. saya kenalkan diri saya sebagai M, sayu, pilu ,sedih ,marah, semua ade disaat ini. Aku yang berumur 30an, berkerja di syarikat swasta,. HIV?, dari mane aku dapat, begini ceritanya.

Aku "Gay" pengamal sex bebes (homosexual), jadi tak heranlah aku berisiko dengan penyakit berjangkit terutamanya HIV, pada hujung tahun 2013 aku diserang demam yang kuat, setaip malam aku menggigil kesejukan, tapi hanya seketika, aku ke klinik yang berhampiran, doktor hanya periksa suhu badan aku dan di beri ubat deman biasa. so aku balik dengan harapan , dengan ubat yang ade boleh sembuh dari demam aku ni, Ya.. demam aku kurang tapi malam aku masih menggigil kesejukan seketika, Tapi jangkaan aku meleset, ubat tu masih tak berfungsi untuk meyembuhkan deman aku ni.

2 hari kemudian aku ke klinik itu semula, kali ni doktor tu baru ambil sample darah, lepas ujian darah tu, doktor kata "Ade jangkitan kuman banyak pada sel darah putih, tapi awk bukan deman denggi". aku mula risau, doktor bagi aku  injection Antobiotik Rosephin 3 hari berturut turut bagi melawan kuman tu dan juga ubat makan Antibiotik, Alhamdulillah aku tak lagi menggigil kesejukan lagi bila malam hari, tapi aku mengalami pusing kepala dan cirit birit bila bung air besar. kata kawan aku "Itu normal kalau kita lepas ambik Antibiotik, effect camtu akan ade", so aku anggap itu biasa.

9 Januari ,
Dalam hati tetiba terdetik "mungkin penyakit itu HIV", aku mula tak tentu arah, aku kuat kan hati aku pegi Makaml Ujian Darah Swasta berdekatan, Petugas kat situ kata result boleh ambik esok, so esok dapat.

10 Januari,
Esok nya takde panggilan tuk aku disuruh ambik result, so aku call Makmal tu, Bila dia check nama dan ic aku dia kata "result pending"(hasil yang belum selesai),

11 Januari,
hari ke2 aku call lagi, dia kata "Repeat Test"(Ulang Ujian).

13 Januari,
Hari ke 4 menunggu result test, Petugas Makmal tu call dan suruh ambik result, Aku pun pegi dalam keadaan gemuruh. Perugas makmal tu hanya memberikan aku sampul yang berisi result test HIV, Aku terus balik kerumah, aku tak buka lagi pun sampul tu,Sampai je rumah hati berdebar bebar, bila buka je sampul tu, aku pun tengok result ujian tu, Alangkan terkejut dan luruhnya jiwa aku hasil ujian tertulis

HIV I & II AB (BY ELISA)  ** REACTIVE

Aku aku terus menagis, aku terus call member aku yang penah buat ujian, dia kata cuba try kat Makmal lain.Aku terus keluar balik dan pergi ke sebauh Makmal Perubatan Swasta yang lain, selepas ambil sampel darah kat Makmal tu, aku ke Klinik Kesihatan Kerajaan area berbekatan dengan rumah aku untuk test ujian HIV kat situ, kat sane aku buat ujian dengan menggunakan "Kit Test HIV" ambil darah di hujung jari je. Dan hasilnya "REACTIVE" jugak.. So aku dibawa rujuk ke doctor untuk susulan lanjut. Aku di suruh ambil Sample darah untuk ujian, Dan doctor beri aku temujanji 2 minggu lagi dari tarikh aku ambik ujian darah.

15 Januari ,
result dari Makmal Ujian Darah Swasta untuk kali kedua aku dapat, ternyata "Positive"

Anti-HIV Screening Test
Anti-HIV 1&2 Screening (EIA method)              : REACTIVE
Patient O.D                                                        : 127.49
Cut Off O.D.                                                      : 1.00
Anti HIV 1&II Screening (ELISA method)         : REACTIVE
Patient O.D                                                        : 0.621
Cut Off O.D.                                                      : 0.195
Anti-HIV Screening (CI Technique)                    : POSITIVE

Rasa tekanan memang ade, tapi dah 2 hari sebelum ni aku dah rasai perasaan macam ni.nak tak nak aku kene teruskan hidup, aku harap ini lah masanya nya untuk aku tebus dosa aku, bertaubat dan ini lah masa untuk aku jadi insan yang lebih baik. Mulanya saat ini, pendekatan agama aku kuatkan, Insyallah aku temu jalannya. Mohon pada Allah, Ampunkan dosa aku yang lalu, Kembalikan aku dijalan yang benar.