Isnin, 20 Januari 2014

Bersama yang Tersayang


18 Januari

Dengan hati gemuruh, aku balik ke kampung. Dalam hati nak bersua muka sayu mak aku. Gementar satu badan bila menjejak kaki tanah kat laman rumah. Semua ahli keluarga keluar menyambut. Terharu rasanya. Makin ramai ahli keluarga aku,Selesai bersalaman dengan semua ahli keluarga, aku cuba kebalkan rasa sebak aku bila aku kucup tangan mak, mak balas ciuman di pipi. Jantung ni berdegup laju. Tapi aku kuatkan hati tuk tak rasa sebak.

Macam kebiasaan nya. Aku just bersantai je bila bersama mereka. Akak aku tanya pasal kesihatan aku sebelum ni. Aku jawap just demam biasa. Anak buah pulak perasan aku dah kurus. Aku just jawap menang target nak kurus sikit. Pastu aku cuba alihkan bersembang dgn alasan nak solat, lagi pun masa tu kebetulan dah masuk waktu,

Lepas makan malam, Malam tu aku sempat baring sebelah mak sambil dengar cerita dia, Aku cuma dengar je cerita dia, tak sedikit pun dia tanya pasal kesihatan aku sebelum ni, mungkin dia dah tengok aku depan mata, sihat walafiat. Dalam seronok berbual, aku mohon kat Mak aku doakan kesihatan aku baik dan dipermudahkan urusan hidup. sesungguhnya doa ibu tu makbul. selepas meninggalkan bilik mak, aku kembali ke tempat tido aku, aku tutup lampu aku baring dan terus melinang air mata. tahap sebak aku tak dapat aku kawal, Aku rasa sangat syukur akhirnya hari ini dalam situasi aku bergini ,aku dapat jugak jumpa mak dan semua ahli keluarga aku yang lain . Mungkin sebelum ni aku dah banyak lalai dengan dunia luar, Insyaallah aku cuba memperbaiki hidup meskipun aku terpaksa menempuh diagnosis ini, Setiap yang berlaku ade hikmahnya, Insyaallah.

6 ulasan:

  1. Insyaallah akan mengambil masa sedikit untuk kita benar2 dapat menerima keadaan diri kita...abg pasti saudara akan mampu bangkit kembali kuat bersemangat meneruskan kehidupan ini...:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Keadaan masih terumbang ambing, tapi syukurlah masih terkawal lagi, insyaallah perlukan masa.

      Padam
  2. Saudara jgn risau sebab ubatan yang ada sekarang membolehkan saudara hidup sihat.

    Berfikiran positif sangat penting dan jangan tunjukkan kelemahan kepada virus hiv. Ia juga makhluk Allah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. TQ fahmy.. sekang dah banyak info Asz tau,syukur Alhamdulillah ;)

      Padam
  3. Teruskan belajar mengenali hiv dan bkongsi sesama rakan plhiv yg supportive. akn dtg ilmu yg dapat memberi keyakinan pada awak agar lebih hargai diri sendiri. akan ada up and down dalam kehidupan awk lepas ni tp percayalah awk akan lbh kuat dan tabah. awk dipilih utk menjadi tabah dan sabar bukannya utk menjadi sebaliknya

    BalasPadam
    Balasan
    1. TQ Azam, Alhumdulillah semuanya dah ok sekarang. Hidup macam biasa, dan disusuli dengan mencari ilmu dan amal yang luar biasa. insyaallah

      Padam