Assalamualaikum..,Sibuk sikit dengan tugas harian. tapi masih ade masa join komuniti.
16 Febuari
Majlis HIV & Islam, di Masjid Jamek Kuala Lumpur yang dianjurkan
oleh PAFI. sangat menerujakan. buat pertama kalinya M join event
berkaitan dgn HIV. 9 pagi hingga 5 petang cam sekejap rasanya.
Disitulah infomation dan support group berkumpul dalam satu majlis. ramai kenalan yang M penah chat kat FB sebelum ni,kami bertemu disitu. Alhamdulillah mereka sangat positive & friendly. pertama kali jumpa ramahnya mereka dah macam kenal lama.
Disitulah infomation dan support group berkumpul dalam satu majlis. ramai kenalan yang M penah chat kat FB sebelum ni,kami bertemu disitu. Alhamdulillah mereka sangat positive & friendly. pertama kali jumpa ramahnya mereka dah macam kenal lama.
9 pagi hingga 12 tgh. penerangan. berkaitan dgn HIV oleh Abg Luka
Rafika. sebelum ni penah kenal dalam chat room, pernah gak tgk video dia
promo PAFI kat youtube .seorang yang sangat sporting dan ramah. Abg
luka menerangkan bagimana HIV berjangkit dan cara pencegahan.
diterangkan jugak, sigma masyarakat tentang penyakit HIV. sebenarnya
ramai tak tau lebih detail hal yang berkaitan HIV. M sendiri pun blur
gak tentang infomation.Selepas habis penerangan Abg Luka. Along dari PT Foundation beri
penerangan lebih umam tentang stastitik pesakit HIV di malaysia dan
dunia, status Plhiv di negara luar,hospital, ubatan dan support
group.Masa tu terasa bertuah hidup di Malaysia ni.Ubatan untuk Hiv
sekarang percuma. Along menceritakan pengalaman dirinya dan pengalaman
dia dalam support group.
Lepas tu kami ditemukan dengan 3 orang penal Plhiv yang telah lame diagnosis memberi sedikit cerita kisah hidup mereka.bermula dari kisah
hidup seorang mak nyah, dibawa pula kisah seorang akak kita yang disisih
keluarga yang sgt terajis dan paling menarik kisah seorang ibu plhiv (dijankiti dari bekas suami seorang penagih dadah)
yang tabah, sehingga menemui jalan bahagia dengan perkahwinan dgn suami hiv negetif dan mampu melahirkan anak hiv
negetif. sangat menarik kan..
Selepas sembahyang zohor. giliran Ustaz Mohd Hanafiah Abdul Malek beri ceramahnya. banyak
soalan dalam sesi soal jawap dengan ustaz.Dan yang menariknya Ustaz
menceritakan dipengalaman menjaga arwah kawannya seorang penagih
dadah yang juga Plhiv.Terharu Ustaz bila dia ceritakan saat saat kematian arwah kawannya tu.
lepas majlis tu bersurai, M dan AJK PAFI berkesempatan berbual dengan
Ustaz di bilik meeting untuk minum petang. dengan keadaan bertongkat ( Ustaz ade masalah lutut) Ustaz masih berusaha bersama kami. TQ Ustaz
TQ dan syabas kat PAFI kerana sudi menjemput dan menjayakan majlis
ini. Banyak pengajaran yang M dapat. di majlis tu jugak lah M
bertemu kawan kawan yg lain ,di majlis tu juga segalanya bermula tuk M
mula memikirkan rancangan masa depan M. M alu alukan pada semua di
kalangan komuniti. marilah kita bersama menjalinkan ukhuwah islamiyah
sesama komuniti kita dalam majlis sebegini. ia mampu menguatkan
pemikiran positive kita daripada terus takut sigma masyarakat. PAFI juga
menjalankan Program Iqra kepada golongan dewasa, projek Amal Sukarelawan
dan banyak aktiviti lagi. Insyaallah M akan join program anjuran
mereka. TQ pada semua kerna menjemput M jadikan sebahagian dari keluarga
korang. TQ :)